Sebelum membeli :
1- kenal pasti lokasi pembelian yang meyakinkan anda
2- rangcang perbelanjaan mengikut kemampuan anda
3- mencari maklumat dan mengenalpasti ciri-ciri telefon bimbit yang diingini.
semasa membeli :-
1- Membuat tawar menawar dan perbandingan harga terlebih dahulu.
2- jangan memberitahu bulat-bulat anggaran bajet anda. buat anggaran.
3- Fahami jaminan (warranty) yang diberi :
a) Jenis jaminan (jaminan kedai atau pengeluar)
b) Tempoh jaminan
c) Jaminan meliputi :LCD,Speaker,Software,Bateri atau kesemua set lengkap.
4- Kenalpasti telefon tersebut samada set asli /set AP
5- Pastikan telefon bimbit dapat berfungsi dengan baik.
6- Pastikan terdapat cop sirim,stiker void,barcode dan tarikh dikilangkan.
7- Periksakan nombor E-MEI yang terdapat pada jurujual dan telefon adalah sama.
8- Jika anda berpuas hati,barulah anda membuat pembayaran.


No comments:
Post a Comment